Monday, 29 October 2012
Pelaksanaan PBS tidak bebankan guru
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran menjelaskan guru tidak akan berasa terbeban sekiranya memahami konsep perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut, daripada kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September lalu mendapati 84.2 peratus daripada 46,929 guru Tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami konsep PBS.
Kira-kira 90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah juga didapati memahami konsep dan cara melaksanakan PBS.
''Kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah dan 7,979 atau 17 peratus guru Tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep Pentaksiran Sekolah iaitu komponen akademik PBS," menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, guru juga kurang memahami mengenai cara melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran formatif).
Hal ini demikian kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.
"Pengurusan evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa yang banyak dan ruang yang besar adalah perlu bagi memastikan penguasaan murid dalam pembelajaran direkod untuk melihat pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh persekolahan'', kata kenyataan itu.
Bagi mengatasi permasalahan itu, Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS) diperkenalkan.
Pendekatan itu membolehkan seorang murid memiliki sebuah FPM sahaja untuk menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran yang dipelajarinya.
FS merupakan fail menyimpan evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk setiap mata pelajaran dan digunakan sebagai rujukan piawai evidens serta disediakan mengikut tahun atau tingkatan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PBS sekolah.
Pada masa yang sama, kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan PBS telah dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada masalah yang dihadapi guru.
Langkah interim (bersifat sementara) yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Sistem Pengurusan PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
"Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September lalu dan didapati sistem tersebut setakat ini stabil serta boleh diakses," jelasnya.
Sementara itu, bagi memastikan guru Tahun 1, 2 dan 3 dan Tingkatan 1 dan 2 memahami dan boleh melaksanakan PBS sebelum 31 Disember ini, Lembaga Peperiksaan telah merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.
Antara perancangan tersebut termasuklah menyediakan Latihan Hands-on PBS secara in-situ kepada pejabat pendidikan daerah dan guru contoh PBS di seluruh negara.
Latihan ini dijalankan mulai pertengahan Oktober hingga pertengahan Disember ini.
Lembaga Peperiksaan juga akan menyediakan bahan sokongan dan khidmat pementoran PBS dalam talian bertujuan membantu guru memahami dan boleh melaksanakan PBS seperti yang dihasratkan sekali gus mengurus perubahan yang berlaku dengan baik setelah memahami konsep agar mudah melaksanakan PBS nanti.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Meningkatkan kesedaran kepentingan minum susu
BAGI meningkatkan kesedaran di kalangan murid mengenai kepentingan pengambilan susu untuk tumbesaran kesihatan, syarikat pengeluar produk tenusu terkemuka, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) komited menggerakkan program pendidikan susu khusus buat golongan tersebut dari semasa ke semasa.
Menurut Pengurus Hal Ehwal Dutch Lady Malaysia, Mohd. Afizi Mohd. Ross, usaha itu bertujuan menyebarkan khasiat kebaikan susu dan mengajar murid mengenai cara-cara pengambilan susu yang betul.
''Kami mengambil kesempatan mengunjungi 24 buah sekolah rendah di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka untuk berinteraksi dengan 19,000 kanak-kanak sekolah rendah, serta guru-guru mereka tentang khasiat kebaikan susu.
"Program ini merupakan sebahagian komponen pendidikan asas bagi 'Program Susu Sekolah 1Malaysia' (PS1M) yang telah dijalankan di seluruh negara'', katanya.
Melalui kempen itu, katanya, murid dan guru diberikan pelbagai informasi dan maklumat kesihatan yang diperlukan oleh badan, tulang serta perkembangan otak.
Di samping itu, program interaktif kepentingan pelbagai khasiat susu serta cara pengambilan susu yang betul turut dianjurkan.
"Kita amat menekankan tentang kepentingan mengambil sarapan pagi dan elakkan meminum susu dengan perut yang kosong.
"Pada masa yang sama, kita menerangkan tentang apa itu 'intoleransi laktosa' dan menekankan aspek kebersihan diri khususnya membasuh tangan sebelum minum susu.
"Kami juga menasihati murid agar segera menghabiskan susu yang telah dibuka dan menerangkan maklumat mengenal pasti pek susu yang elok untuk diminum," jelasnya.
Pada tahun ini, PS1M melibatkan lebih 1.4 juta murid dari 7,600 buah sekolah rendah di seluruh negara dengan edaran sebanyak 90.16 juta pek susu sekolah 1Malaysia berperisa coklat.
Terdapat empat pembekal susu sekolah 1 Malaysia yang terlibat dalam program PS1M meliputi negeri-negeri Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.
Pasukan PS1M, pakar pemakanan dan pasukan sukarelawan 'Blue Brigade' daripada Dutch Lady Malaysia telah memulakan lawatan ke sembilan sekolah mambabitkan lebih 7,000 orang murid di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Sebelum tamat sesi persekolahan bagi tahun ini, pasukan dari Dutch Lady Malaysia akan turun ke 15 buah sekolah lagi di Selangor dan Melaka dengan penglibatan seramai 11,000 orang pelajar.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_02/Meningkatkan-kesedaran-kepentingan-minum-susu#ixzz2AksKf7ip
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pendidikan sempurna setiap pelajar
BENTONG 28 Okt. - Kerajaan akan memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan sempurna walaupun tidak cemerlang dalam akademik kerana mereka boleh dilatih sebagai modal insan yang mempunyai kemahiran dan terlatih.
Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi membantu golongan tersebut, kerajaan membina lebih banyak pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan menambah, kegagalan dalam akademik bukan bererti mereka tidak boleh menyumbang sesuatu bermakna kepada negara kerana banyak lagi peluang menanti mereka.
''Mereka yang cemerlang dalam akademik boleh meneruskan pendidikan lebih tinggi di universiti, manakala yang gagal pula berpeluang belajar di pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional.
''Kedua-dua golongan itu merupakan sumber manusia yang sama penting dan perlu berganding bahu bagi membantu negara ini mencapai Wawasan 2020," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Menjawab Soalan Matematik Tambahan dan Fizik bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun; Pengurus Pembangunan Modal Insan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Faezah Mohd. Mokhtar dan Pegawai Pelajaran Bentong, Liew Kim Choon.
Seramai 700 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini dari 14 sekolah menengah kebangsaan daerah Bentong, Temerloh, Raub dan Lipis menyertai program anjuran ECERDC itu.
Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, para pelajar dinasihatkan menggunakan formula betul dan tepat ketika menjawab soalan bagi mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan itu.
''Mereka perlu mempunyai keyakinan kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut agak sukar tetapi jika mempunyai pendekatan betul, saya rasa para pelajar boleh menjawab dengan baik.
''Mereka harus bersikap positif dan bersemangat sebelum masuk ke dewan peperiksaan kerana boleh membantu menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya lulus cemerlang," katanya.
Beliau turut berbangga kerana ECERDC menganjurkan program itu dan berharap pendekatan seperti itu diteruskan pada masa depan dengan melibatkan semua pelajar dari seluruh negeri ini.
Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi membantu golongan tersebut, kerajaan membina lebih banyak pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan menambah, kegagalan dalam akademik bukan bererti mereka tidak boleh menyumbang sesuatu bermakna kepada negara kerana banyak lagi peluang menanti mereka.
''Mereka yang cemerlang dalam akademik boleh meneruskan pendidikan lebih tinggi di universiti, manakala yang gagal pula berpeluang belajar di pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional.
''Kedua-dua golongan itu merupakan sumber manusia yang sama penting dan perlu berganding bahu bagi membantu negara ini mencapai Wawasan 2020," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Menjawab Soalan Matematik Tambahan dan Fizik bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun; Pengurus Pembangunan Modal Insan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Faezah Mohd. Mokhtar dan Pegawai Pelajaran Bentong, Liew Kim Choon.
Seramai 700 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini dari 14 sekolah menengah kebangsaan daerah Bentong, Temerloh, Raub dan Lipis menyertai program anjuran ECERDC itu.
Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, para pelajar dinasihatkan menggunakan formula betul dan tepat ketika menjawab soalan bagi mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan itu.
''Mereka perlu mempunyai keyakinan kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut agak sukar tetapi jika mempunyai pendekatan betul, saya rasa para pelajar boleh menjawab dengan baik.
''Mereka harus bersikap positif dan bersemangat sebelum masuk ke dewan peperiksaan kerana boleh membantu menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya lulus cemerlang," katanya.
Beliau turut berbangga kerana ECERDC menganjurkan program itu dan berharap pendekatan seperti itu diteruskan pada masa depan dengan melibatkan semua pelajar dari seluruh negeri ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_06/Pendidikan-sempurna-setiap-pelajar#ixzz2Akr7UEdx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, 21 October 2012
Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah
BAHAGIAN Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.
Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.
"Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121022/pe_02/Guru-perlu-fahami-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah#ixzz29zjJyfpy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 11 October 2012
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP) baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pagi tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.
Antara 11 anjakan tersebut adalah :
1. Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2. Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4. Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5. Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7. Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8. Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9. Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.
Laporan awal tersebut bolehlah dimuat turun (download) kat laman web sesawang Kementerian Pelajaran . Boleh klik kat bahagian pemberitahuan, ade diletakkan link kat situ dan di bahagikan ke 4 dokumen - satu ringkasan dan laporan penuh dalam bahasa Malaysia dan English.
PPP menggunakan 11 anjakan utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan membabitkan 3 fasa atau dipanggil gelombang dalam memastikan anjakan dalam sistem pendidikan negara. Dalam muka surat 22 ada disenaraikan 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem.
Antara 11 anjakan tersebut adalah :
1. Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2. Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4. Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5. Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7. Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8. Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9. Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.
Tuesday, 9 October 2012
KURSUS VLE 1BESTARINET
Pada 10 Okt 2012 (Rabu) telah dijalankan kursus Virtual Learning Environment (VLE) Frogasia.com di SK Ayer Puteh, Simpang. Kursus ini diadakan berikutan SKAP dipilih oleh PPD untuk menggunakan aplikasi Frogasia ini.
Semua guru SKAP terlibat dalam kursus LADAP telah dijalankan seperti berikut:
Masa (1.00 – 1.59 petang)
Lokasi kursus di Bilik Mesyuarat [Bilik Persidangan]
Kursus ini telah dikendalikan oleh pasukan pakar SKAP yang diketuai oleh En. Said dan dibantu oleh rakan pasukan Pn. Nurul Faizah.
Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk:
1. Memperkenalkan VLE Frogasia di bawah projek 1Bestarinet.
2. Memberi latihan membina bahan melalui laman https://aba6054.1bestarinet.net
3. Membina laman frogasia untuk diri sendiri.
Modul baru lahir guru mahir
Putrajaya: Kerajaan akan mengkaji modul baru bagi meningkatkan kemahiran pengajaran guru di sekolah melalui penggunaan teknologi maklumat (IT).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berbanding cara lazim menghantar guru menjalani kursus di institut latihan semasa cuti sekolah, kemahiran pengajaran guru juga boleh dipertingkatkan dengan merujuk kepada kandungan yang dipaparkan secara dalam talian (online). Kenal pasti guru cemerlang
“Kita boleh mengenal pasti beberapa guru cemerlang bagi setiap subjek setiap tahun untuk membangunkan kandungan dan seterusnya dimuat naik secara atas talian manakala guru lain akan menjadi mentor dan fasilitator.
“Kita perlu mengkaji model baru ini namun, ini satu kemungkinan kerana saya dimaklumkan oleh Panel Penasihat bahawa ini adalah trend baru di Amerika Syarikat.
“Di sana (Amerika Syarikat), profesor terkemuka (top notch professor) mengajar secara dalam talian dan pelajar yang mengikutinya mampu menjangkau 150,000 orang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC Malaysia Ke-15 di pejabatnya, di sini semalam. Turut hadir, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najib berkata, Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran, turut bersetuju mengkaji modul itu dengan teliti dalam usaha memperluaskan penggunaan IT bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Selain itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat IAP turut memutuskan untuk menggerakkan usaha mengiktiraf golongan yang cemerlang dan boleh dijadikan ikon dalam industri masing-masing melalui penggunaan IT.
ICT wujud ikon
Sebagai contoh, seorang wanita di Semporna, Sabah berjaya mengaut pendapatan RM20,000 sebulan hasil perniagaan rumpai laut secara dalam talian berbanding hanya RM450 sebulan sebelum itu.
“Ini membuktikan teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah game changer.
Kita perlu mengiktiraf pencapaian mereka supaya golongan ini menjadi pemangkin dan ikon untuk mendorong orang lain terbabit dalam IT.
“Pendekatan ini bukan saja membabitkan usahawan tetapi profesional seperti guru supaya mereka boleh menjadi ikon kepada guru lain,” katanya.
Katanya, antara perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk usaha meningkatkan perniagaan mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS kepada perniagaan besar, komunikasi spektrum serta Lembah Silikon.
Konsep guru penyayang tangani masalah disiplin pelajar
Kementerian Pelajaran merancang membudayakan konsep Guru Penyayang di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara kerana pelaksanaannya terbukti berkesan dalam menangani gejala disiplin di kalangan pelajar.
Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman berkata, program yang diperkenalkan sejak Februari lalu itu terbukti memberi impak positif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar.
"Impaknya, pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta mempunyai hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah.
"Minat itu didorong oleh rasa selesa dengan guru yang sebelum ini dikatakan bersikap garang atau terlalu tegas dengan anak murid mereka,'' katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Konvensyen itu melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin jabatan pelajaran negeri serta wakil persatuan guru.
Menurut Ab. Rahim, konsep Guru Penyayang bertujuan membudayakan sikap kasih sayang di kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan harapan besar bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian dan disayangi setiap masa.
Konsep tersebut dilaksanakan melalui tiga amalan iaitu dengan guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 8 October 2012
Ibu Bapa Tidak Boleh Berputus Asas Motivasi Kepada Anak
17:31
Tiada Komen
CYBERJAYA: Ibu bapa tidak boleh berputus asas dalam memberi motivasi dan galakan kepada anak masing-masing untuk berjaya dalam pelajaran, kata Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Beliau berkata pendidikan anak-anak merupakan pelaburan paling berharga yang pastinya memberikan masa depan cerah kepada pelajar, keluarga dan masyarakat serta dalam usaha membangunkan negara.
"Arwah bapa sering bagi saya semangat untuk berjaya dalam pelajaran walaupun ketika zaman saya itu, golongan wanita jarang diberikan peluang sedemikian.
"Ini kerana arwah berpendapat bahawa jika diberi pendidikan kepada seorang anak lelaki, bermakna mendidik seorang individu saja.
"Tetapi sekiranya diberi pendidikan untuk seorang anak perempuan seolah-olah mendidik sebuah negara," kata Dr. Siti Hasmah selepas menerima anugerah Kehormat Kedoktoran Pendidikan di Majlis Konvokesyen ke-13 Universiti Multimedia (MMU), di sini hari ini.
Bekas isteri perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed itu menerima anugerah berkenaan daripada Canselor kedua MMU, Tun Zaki Tun Azmi yang juga bekas Ketua Hakim Negara.
Seramai 3,815 graduan menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah pada majlis itu.
Kepentingan Pendidikan Jasmani
Pendidikan jasmani dapat melatih murid-murid dari aspek-aspek berikutmelalui beberapa pengalaman pembelajaran yang menekankan pembentukan dan perkembangan berikut:
•INTELEK
- dari segi perkembangan kognitif dan pemikiran murid.
- Memberi tumpuan ke arah pemerolehan ilmu pengetahuan dalam aspek -aspek kecergasan,kemahiran asas dan lanjutan serta pengurusan kesukanan.
•ROHANI
- Dari segi perkembangan sikap,sahsiah dan jiwa murid.
- pembelajaran pendidikan jasmani memberi tumpuan kepada penerapan nilai-nilai murni.
•EMOSI
- Dari segi Perasaan Murid
- Melalui peningkatan kecergasan dan kesihatan tubuh badan akan meningkatkan kestabilan emosi.
•JASMANI
- Dari segi fizikal murid
- Menggalakkan penyertaan mereka dalam pelbagai aktiviti fizikal,permainan,dan kesukanan.
- Memberi fokus kepada latihan-latihan pergerakan asas dan permainan supaya kemahiran dan kecerdasan dapat ditingkatkan.
Thursday, 6 September 2012
Visi & Misi SKAP
18:48
VISI SEKOLAH
SEKOLAH
UNGGUL
PENJANA
GENERASI TERBILANG
MISI SEKOLAH
MEMBANGUN
POTENSI INDIVIDU
MELALUI
PENDIDIKAN
BERKUALITI
MATLAMAT
Ø
MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG TAAT SETIA DAN BERSATU
PADU
Ø
MELAHIRKAN INSAN YANG BERIMAN, BERAKHLAK MULIA,
BERKETERAMPILAN DAH SEJAHTERA
Ø
MENYEDIAKAN SUMBER TENAGA MANUSIA UNTUK KEPERLUAN KEMAJUAN NEGARA
Ø
MEMBERI PELUANG-PELUANG PENDIDIKAN KEPADA SEMUA
WARGANEGARA MALAYSIA
Logo Sk Ayer Puteh
18:27
Tiada Komen
LOGO SK AYER PUTEH
|
Rekabentuk asas logo Sk Ayer Puteh adalah berdasarkan motif sebuah perisai. Perisai dipilih adalah sebagai motif utama rupa bentuk logo kerana ianya melambangkan satu alat atau media pertahanan diri dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan samada dari aspek kademik, moral dan kerohanian.
|
Terdapat tiga warna yang digunakan dalam reka bentuk logo sekolah ini. Warna-warna yang digunakan adalah dipilih dari warna-warna yang tedapat dalam bendera Malaysia iaitu warna biru , merah dan kuning
|
Motif globe dipilih sebagai rekabentuk kerana ianya melambangkan penglibatan yang meluas dari segi aspek keilmuan.
|
Warna kuning melambangkan kemuliaan. Kemuliaan disini dapat ditafsirkan sebagai sikap mulia-memuliakan antara satu sama lain untuk mencapai kata sepakat dan keharmonian.
|
Simbol atom dan peralatan geometrik yang digunakan membawa makna atau lambang sains dan teknologi. Motif bunga raya membawa erti ketaatan serta cintakan kepada negara. Simbol manusia memakai topi graduan sebagai imej yang dapat memberikan galakan kepada pelajar-pelajar untuk berusaha dan berjaya
dalam pelajaran |
Warna biru melambangkan keharmonian dan kesatuan. Malaysia merupakan seuah negara majmuk yang unik kerana rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai. Sekolah dan institusi pendidikan berperanan besar dalam menyemai semangat keharmonian ini.
|
Monday, 27 August 2012
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 HD
Janji Ditepati - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 HD Macam malam ikut siang Macam bulan ikut matahari 1Malaysia terus berjuang Janji Kita ditepati Kata Kita dikota Janji Kita ditepati Hidup Rakyat Dibela Masa Depan Diberkati Janji sudah ditepati Kini masa balas budi (Chorus) Janji siapa? Janji kita Janji apa? Janji 1Malaysia Janji siapa? Janji kita Janji apa? Janji 1Malaysia Ini janji kita BR1M 1Malaysia Ini janji 1Malaysia TR1M 1Malaysia Kata kita dikota Kini 1Malaysia Janji kita ditepati Kedai 1Malaysia |
Subscribe to:
Posts (Atom)