BENTONG 28 Okt. - Kerajaan akan memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan sempurna walaupun tidak cemerlang dalam akademik kerana mereka boleh dilatih sebagai modal insan yang mempunyai kemahiran dan terlatih.
Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi membantu golongan tersebut, kerajaan membina lebih banyak pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan menambah, kegagalan dalam akademik bukan bererti mereka tidak boleh menyumbang sesuatu bermakna kepada negara kerana banyak lagi peluang menanti mereka.
''Mereka yang cemerlang dalam akademik boleh meneruskan pendidikan lebih tinggi di universiti, manakala yang gagal pula berpeluang belajar di pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional.
''Kedua-dua golongan itu merupakan sumber manusia yang sama penting dan perlu berganding bahu bagi membantu negara ini mencapai Wawasan 2020," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Menjawab Soalan Matematik Tambahan dan Fizik bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun; Pengurus Pembangunan Modal Insan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Faezah Mohd. Mokhtar dan Pegawai Pelajaran Bentong, Liew Kim Choon.
Seramai 700 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini dari 14 sekolah menengah kebangsaan daerah Bentong, Temerloh, Raub dan Lipis menyertai program anjuran ECERDC itu.
Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, para pelajar dinasihatkan menggunakan formula betul dan tepat ketika menjawab soalan bagi mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan itu.
''Mereka perlu mempunyai keyakinan kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut agak sukar tetapi jika mempunyai pendekatan betul, saya rasa para pelajar boleh menjawab dengan baik.
''Mereka harus bersikap positif dan bersemangat sebelum masuk ke dewan peperiksaan kerana boleh membantu menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya lulus cemerlang," katanya.
Beliau turut berbangga kerana ECERDC menganjurkan program itu dan berharap pendekatan seperti itu diteruskan pada masa depan dengan melibatkan semua pelajar dari seluruh negeri ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_06/Pendidikan-sempurna-setiap-pelajar#ixzz2Akr7UEdx
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 comments:
Post a Comment