Thursday, 6 September 2012

Logo Sk Ayer Puteh





LOGO SK AYER PUTEH


Rekabentuk asas logo Sk Ayer Puteh  adalah berdasarkan motif sebuah perisai. Perisai dipilih adalah sebagai motif utama rupa bentuk logo kerana ianya melambangkan satu alat atau media pertahanan diri dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan samada dari aspek kademik, moral dan kerohanian.
Terdapat tiga warna yang digunakan  dalam reka bentuk logo sekolah ini. Warna-warna yang digunakan  adalah dipilih dari warna-warna yang tedapat dalam bendera Malaysia  iaitu warna biru , merah dan kuning
Motif globe dipilih sebagai  rekabentuk kerana ianya melambangkan penglibatan yang meluas dari  segi aspek keilmuan.

Warna kuning melambangkan kemuliaan.  Kemuliaan disini dapat ditafsirkan sebagai sikap mulia-memuliakan antara satu sama lain untuk mencapai kata sepakat dan keharmonian.

Simbol atom dan peralatan geometrik  yang digunakan membawa makna atau lambang sains dan teknologi. Motif bunga raya membawa erti ketaatan serta cintakan kepada negara. Simbol manusia memakai topi graduan sebagai imej yang dapat memberikan galakan kepada pelajar-pelajar untuk berusaha dan berjaya
dalam pelajaran
Warna biru melambangkan keharmonian  dan kesatuan. Malaysia merupakan seuah negara majmuk yang unik kerana rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai. Sekolah dan institusi pendidikan berperanan besar dalam menyemai semangat keharmonian ini.


0 comments:

Post a Comment