Sekolah Kebangasaan Ayer Puteh telah dibuka pada tanggal 1 November 1995 di atas
sebidang tanah seluas 5.43 hektar. Pada masa itu hanya 23 orang guru sahaja
berada di sekolah bagi menjalankan aktiviti gotong – royong melengkapkan
bilik-bilik dengan perabut yang tiba beperingkat-peringkat. Sekolah ini
dilengkapi dengan bilik-bilik khas selain daripada 12 bilik darjah yang terletak
di dalam dua blok bangunan tiga tingkat. Selain dari itu sebuah kantin yang
besar dan selesa juga dibina bersebelahan blok B.yang disambung dengan bangunan
utama dengan laluan berbumbung.
Pada 2 Januari 1996 barulah murid-murid seramai 292 orang dari sekolah - sekolah
berhampiran mendaftar masuk ke Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh. Kini jumlah murid
telah bertambah menjadi 450 orang.
Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh telah menempa beberapa kejayaan cemerlang dalam
bidang Kurikulum dan Kokurikulum.
Banyak program-program peringkat zon dan daerah telah diadakan disini.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh yang berkeluasan 225 meter persegi
[10 bay] merangkumi bilik
bacaan,
bilik tayangan , pejabat/bilik rakaman, stor, dan bilik kerja telah dirasmikan
oleh TN. Haji Ahmad bin Haji Shafii Timbalan Pengarah Pendidikan JPN Perak pada
21 Ogos 1997.
Pada 30 September 1997 , Pelancaran Program Penghijauan Alam Sekitar Sekolah
Peringkat Kebangsaan
telah
diadakan dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Mat Nor bin Daim.
Salah satu kunci kejayaan sekolah adalah keberkesanan peranan yang dimainkan
oleh Pusat Sumber Sekolah .
Usaha-usaha
yang berterusan telah dibuat bagi pembangunan dan kecerian PSS memalui draf
rancangan jangka panjang pss. Pada tanggal 4 Julai 2000 Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Ayer Puteh telah terpilih menjadi Johan Pertandingan Pengurusan ,
Penggunaan dan Keceriaan Pusat Sumber (Ceria 3PS) kategori Sekolah Luar Bandar.
Pada tahun 2000 juga ,Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh telah dipilih dan
dianugerahkan dengan gelaran Sekolah Harapan Daerah (R) Peringkat Larut, Matang
dan Selama.
Tahun 2001 Makmal Komputer
mula
dibina dan pembinaan selesai dengan dilengkapi peralatan yang dibekalkan dalam
bulan Mei 2002
Tahun 2002 Pusat Sumber Sekolah telah berjaya keperingkat akhir Pertandingan
Pusat Sumber Cemerlang 2002 dan telah memperolehi anugerah Peningkatan Dinamik
Bagi Pusat Sumber Sekolah Rendah Luar Bandar. Pada tahun ini juga buat pertama
kalinya 2 orang murid memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.
Penubuhan
Pusat Akses Sekolah bermula pada November 2006 . Pusat ini telah dilengkapi
sepenuhnya pada Februari 2007 . Dengan adanya Pusat Akses ini maka ianya telah
dapat
membantu
memantapkan lagi pembangunan ICT sekolah.
Pada tahun 2006 juga sebuah lagi bangunan Pra Sekolah telah didirikan dan mula
beroperasi pada tahun 2007 . Dengan penambahan bangunan Pra Sekolah ini maka
Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh telah mempunyai 2 buah kelas Pra Sekolah dengan
jumlah murid
seramai
50 orang yang terdiri daripada murid-murid berumur enam tahun.