Selamat Menduduki UPSR 2012

Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang...

Hari Usahawan SKAP 2012

Anda dijemput hadir dan berbelanja sambil menderma...pelbagai juadah akan disediakan. Anda yang minat HiBuRaN pelbagai pertunjukan dan permainan adaaaaaa di SKAP...Mai..Mai...Mai...

Perkemahan Perdana SKAP

Bagi orang berjaya, masalah adalah cabaran. Mereka menganggap masalah sebagai cabaran, bahkan memandang masalah sebagai ‘cabaran yang ada thrill’.

Kursus 'FROG VLE'

FrogAsia leverages on Frog’s track record and expertise in integrating technology into schools while working hand-in-hand with local educators and education organisations to deliver a world-class learning system that is relevant to the Asian region....

Monday, 29 October 2012

Pelaksanaan PBS tidak bebankan guru


Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran menjelaskan guru tidak akan berasa terbeban sekiranya memahami konsep perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut, daripada kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September lalu mendapati 84.2 peratus daripada 46,929 guru Tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami konsep PBS.
Kira-kira 90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah juga didapati memahami konsep dan cara melaksanakan PBS.
''Kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah dan 7,979 atau 17 peratus guru Tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep Pentaksiran Sekolah iaitu komponen akademik PBS," menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, guru juga kurang memahami mengenai cara melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran formatif).
Hal ini demikian kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.
"Pengurusan evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa yang banyak dan ruang yang besar adalah perlu bagi memastikan penguasaan murid dalam pembelajaran direkod untuk melihat pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh persekolahan'', kata kenyataan itu.
Bagi mengatasi permasalahan itu, Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS) diperkenalkan.
Pendekatan itu membolehkan seorang murid memiliki sebuah FPM sahaja untuk menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran yang dipelajarinya.
FS merupakan fail menyimpan evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk setiap mata pelajaran dan digunakan sebagai rujukan piawai evidens serta disediakan mengikut tahun atau tingkatan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PBS sekolah.
Pada masa yang sama, kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan PBS telah dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada masalah yang dihadapi guru.
Langkah interim (bersifat sementara) yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Sistem Pengurusan PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
"Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September lalu dan didapati sistem tersebut setakat ini stabil serta boleh diakses," jelasnya.
Sementara itu, bagi memastikan guru Tahun 1, 2 dan 3 dan Tingkatan 1 dan 2 memahami dan boleh melaksanakan PBS sebelum 31 Disember ini, Lembaga Peperiksaan telah merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.
Antara perancangan tersebut termasuklah menyediakan Latihan Hands-on PBS secara in-situ kepada pejabat pendidikan daerah dan guru contoh PBS di seluruh negara.
Latihan ini dijalankan mulai pertengahan Oktober hingga pertengahan Disember ini.
Lembaga Peperiksaan juga akan menyediakan bahan sokongan dan khidmat pementoran PBS dalam talian bertujuan membantu guru memahami dan boleh melaksanakan PBS seperti yang dihasratkan sekali gus mengurus perubahan yang berlaku dengan baik setelah memahami konsep agar mudah melaksanakan PBS nanti.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Meningkatkan kesedaran kepentingan minum susu


BAGI meningkatkan kesedaran di kalangan murid mengenai kepentingan pengambilan susu untuk tumbesaran kesihatan, syarikat pengeluar produk tenusu terkemuka, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) komited menggerakkan program pendidikan susu khusus buat golongan tersebut dari semasa ke semasa.
Menurut Pengurus Hal Ehwal Dutch Lady Malaysia, Mohd. Afizi Mohd. Ross, usaha itu bertujuan menyebarkan khasiat kebaikan susu dan mengajar murid mengenai cara-cara pengambilan susu yang betul.
''Kami mengambil kesempatan mengunjungi 24 buah sekolah rendah di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka untuk berinteraksi dengan 19,000 kanak-kanak sekolah rendah, serta guru-guru mereka tentang khasiat kebaikan susu.
"Program ini merupakan sebahagian komponen pendidikan asas bagi 'Program Susu Sekolah 1Malaysia' (PS1M) yang telah dijalankan di seluruh negara'', katanya.
Melalui kempen itu, katanya, murid dan guru diberikan pelbagai informasi dan maklumat kesihatan yang diperlukan oleh badan, tulang serta perkembangan otak.
Di samping itu, program interaktif kepentingan pelbagai khasiat susu serta cara pengambilan susu yang betul turut dianjurkan.
"Kita amat menekankan tentang kepentingan mengambil sarapan pagi dan elakkan meminum susu dengan perut yang kosong.
"Pada masa yang sama, kita menerangkan tentang apa itu 'intoleransi laktosa' dan menekankan aspek kebersihan diri khususnya membasuh tangan sebelum minum susu.
"Kami juga menasihati murid agar segera menghabiskan susu yang telah dibuka dan menerangkan maklumat mengenal pasti pek susu yang elok untuk diminum," jelasnya.
Pada tahun ini, PS1M melibatkan lebih 1.4 juta murid dari 7,600 buah sekolah rendah di seluruh negara dengan edaran sebanyak 90.16 juta pek susu sekolah 1Malaysia berperisa coklat.
Terdapat empat pembekal susu sekolah 1 Malaysia yang terlibat dalam program PS1M meliputi negeri-negeri Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.
Pasukan PS1M, pakar pemakanan dan pasukan sukarelawan 'Blue Brigade' daripada Dutch Lady Malaysia telah memulakan lawatan ke sembilan sekolah mambabitkan lebih 7,000 orang murid di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Sebelum tamat sesi persekolahan bagi tahun ini, pasukan dari Dutch Lady Malaysia akan turun ke 15 buah sekolah lagi di Selangor dan Melaka dengan penglibatan seramai 11,000 orang pelajar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_02/Meningkatkan-kesedaran-kepentingan-minum-susu#ixzz2AksKf7ip 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pendidikan sempurna setiap pelajar


BENTONG 28 Okt. - Kerajaan akan memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan sempurna walaupun tidak cemerlang dalam akademik kerana mereka boleh dilatih sebagai modal insan yang mempunyai kemahiran dan terlatih.
Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi membantu golongan tersebut, kerajaan membina lebih banyak pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan menambah, kegagalan dalam akademik bukan bererti mereka tidak boleh menyumbang sesuatu bermakna kepada negara kerana banyak lagi peluang menanti mereka.
''Mereka yang cemerlang dalam akademik boleh meneruskan pendidikan lebih tinggi di universiti, manakala yang gagal pula berpeluang belajar di pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional.
''Kedua-dua golongan itu merupakan sumber manusia yang sama penting dan perlu berganding bahu bagi membantu negara ini mencapai Wawasan 2020," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Menjawab Soalan Matematik Tambahan dan Fizik bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun; Pengurus Pembangunan Modal Insan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Faezah Mohd. Mokhtar dan Pegawai Pelajaran Bentong, Liew Kim Choon.
Seramai 700 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini dari 14 sekolah menengah kebangsaan daerah Bentong, Temerloh, Raub dan Lipis menyertai program anjuran ECERDC itu.
Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, para pelajar dinasihatkan menggunakan formula betul dan tepat ketika menjawab soalan bagi mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan itu.
''Mereka perlu mempunyai keyakinan kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut agak sukar tetapi jika mempunyai pendekatan betul, saya rasa para pelajar boleh menjawab dengan baik.
''Mereka harus bersikap positif dan bersemangat sebelum masuk ke dewan peperiksaan kerana boleh membantu menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya lulus cemerlang," katanya.
Beliau turut berbangga kerana ECERDC menganjurkan program itu dan berharap pendekatan seperti itu diteruskan pada masa depan dengan melibatkan semua pelajar dari seluruh negeri ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_06/Pendidikan-sempurna-setiap-pelajar#ixzz2Akr7UEdx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 21 October 2012

Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah


BAHAGIAN Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.
Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.
"Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121022/pe_02/Guru-perlu-fahami-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah#ixzz29zjJyfpy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 11 October 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP) baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pagi tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.
Laporan awal tersebut bolehlah dimuat turun (download) kat laman web sesawang Kementerian Pelajaran . Boleh klik kat bahagian pemberitahuan, ade diletakkan link kat situ dan di bahagikan ke 4 dokumen - satu ringkasan dan laporan penuh dalam bahasa Malaysia dan English. 
PPP menggunakan 11 anjakan utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan membabitkan 3 fasa atau dipanggil gelombang dalam memastikan anjakan dalam sistem pendidikan negara. Dalam muka surat 22 ada disenaraikan 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem.

Antara 11 anjakan tersebut adalah :

1.  Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2.  Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3.  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4.  Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5.  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.
6.  Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7.  Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8.  Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9.  Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.