Selamat Menduduki UPSR 2012

Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang...

Hari Usahawan SKAP 2012

Anda dijemput hadir dan berbelanja sambil menderma...pelbagai juadah akan disediakan. Anda yang minat HiBuRaN pelbagai pertunjukan dan permainan adaaaaaa di SKAP...Mai..Mai...Mai...

Perkemahan Perdana SKAP

Bagi orang berjaya, masalah adalah cabaran. Mereka menganggap masalah sebagai cabaran, bahkan memandang masalah sebagai ‘cabaran yang ada thrill’.

Kursus 'FROG VLE'

FrogAsia leverages on Frog’s track record and expertise in integrating technology into schools while working hand-in-hand with local educators and education organisations to deliver a world-class learning system that is relevant to the Asian region....

Sunday, 22 August 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangasaan Ayer Puteh telah dibuka pada tanggal 1 November 1995 di atas sebidang tanah seluas 5.43 hektar. Pada masa itu hanya 23 orang guru sahaja berada di sekolah bagi menjalankan aktiviti gotong – royong melengkapkan bilik-bilik dengan perabut yang tiba beperingkat-peringkat. Sekolah ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas selain daripada 12 bilik darjah yang terletak di dalam dua blok bangunan tiga tingkat. Selain dari itu sebuah kantin yang besar dan selesa juga dibina bersebelahan blok B.yang disambung dengan bangunan utama dengan laluan berbumbung.
Pada 2 Januari 1996 barulah murid-murid seramai 292 orang dari sekolah - sekolah berhampiran mendaftar masuk ke Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh. Kini jumlah murid telah bertambah menjadi 450 orang.